Monday, September 25, 2017

My life and My lover.....

BIDANG SENI LUKIS DAN
SENI REKA

Laluan Pendidikan Bagi Kursus Pengajian Bidang Seni Lukis
Dan Seni

Educational Pathways For Courses Of Study In The Field Of Art
And Design

Wakil dari IPTS ingin merakamkan amalan IPTS bahawa kelayakan masuk bagi peringkat sijil ialah SPM
dengan satu (1) kepujian atau penilaian portfolio; kelayakan masuk bagi peringkat diploma, ialah SPM
dengan dua (2) kredit atau penilaian portfolio; kelayakan masuk bagi kursus Foundation ialah tiga (3) kredit;
kelayakan masuk bagi peringkat ijazah ialah Sijil Foundation / Pre-University sedangkan kelayakan masuk
bagi peringkat sarjana ialah diploma dan penilaian portfolio atau sarjana muda
  
CABARAN

·        Seni lukis dan seni reka memainkan peranan penting dalam masyarakat kita,terutama peranannya yang semakin berkembang dalam dunia komersil di mana bidang kreatif menjadi semakin mencabar.

·      Pembangunan dalam industri seni lukis dan seni reka seperti grafik, seni reka  dalaman dan fesyen dipandu oleh industri dan, seharusnya, boleh terangkum dalam konteks sosial, ekonomi dan budaya.

·         Pereka dan pelukis berhadapan dengan perubahan keperluan dari persekitaran pasaran dan teknologi maklumat.

·         Pereka dan pelukis hari ini dan masa depan perlu berkemampuan menjana idea kreatif dan inovatif untuk memenuhi permintaan masyarakat.

·         Memandangkan teknologi dan media berkembang secara berterusan, graduan seni lukis dan seni reka perlu dilengkapkan pelbagai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang seni lukis dan seni reka untuk lebih cekap dalam tugasan mereka.

·         Oleh itu, pendidikan seni lukis dan seni reka perlu memasukkan pelbagai aspek pengkhususan di samping menekankan ekspresi kemahiran seni reka dan berkomunikasi.

·         Telah menjadi matlamat kursus pengajian ini untuk melengkapi graduan seni lukis dan seni reka dengan kemahiran kritikal, analitikal dan kreatif bagi menghadapi cabaran dunia yang pesat berubah.

·         Amalan seni lukis dan seni reka dalam makna yang lebih luas turut memerlukan lulusan memaksimumkan potensi mereka dan membangunkan kekuatan individu sepenuhnya.

 MATLAMAT PENDIDIKAN / OBJEKTIF AM KURSUS PENGAJIAN SENI LUKIS DAN SENI REKA

Untuk melahirkan pelukis dan pereka yang kreatif, inovatif dan analitikal.
Objektif-objektif pendidikan bagi pelbagai tahap pengajian dalam bidang seni lukis dan seni reka digambarkan seperti yang berikut:

  • Sijil

1. Untuk menyediakan pelajar dengan asas-asas seni lukis dan seni reka serta kursus pengajian yang berorientasikan vokasional;

2. Untuk memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran teknikal yang bersesuaian dengan disiplin tertentu;

3. Untuk menggalakkan kepekaan estetik dan visual.

  • Diploma

1. Untuk memenuhi keperluan pelajar melalui kursus pengajian berasaskan studio dalam seni lukis dan seni reka yang membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan dan kefahaman khusus;

2. Untuk membangunkan kemahiran kreatif dalam ekspresi visual dan komunikasi,

3. Untuk membolehkan pelajar membina kemahiran penyelesaian masalah yang berkesan dalam situasi pembelajaran yang berbeza,

4. Untuk menyediakan persekitaran yang menggalakkan visualisasi, analisis, eksplorasi kreatif idea-idea dan pemerolehan kemahiran penilaian;

5. Untuk memupuk keupayaan cekap bekerja dan menggunakan pembelajaran pada tahap yang sesuai dalam konteks vokasional, selaras dengan corak pekerjaan yang luas dalam industri seni lukis, seni reka dan yang berkaitan;

6. Untuk membolehkan pelajar menghayati isu-isu dalam konteks yang luas dan kaitannya dengan aktiviti-aktiviti profesional seperti keupayaan melaksana pembangunan konsep;

7. Untuk membangunkan keupayaan pelajar dan membentuk sikap yakin dan kreatif dalam kemahiran khusus dan juga pengalaman kerja yang umum.

  • Ijazah Sarjana Muda

1. Untuk menyediakan kursus pengajian seni lukis dan seni reka yang membantu membangunkan kemahiran personal dan profesional serta keupayaan kognitif yang perlu untuk kerjaya yang dipilih;

2. Untuk menyediakan peluang untuk memudahkan pembangunan pengetahuan pemikiran seni reka, membina pertimbangan yang kukuh, kritikal, dan pemahaman kontekstual bersesuaian dengan amalan profesional;

3. Untuk melengkapkan pelajar dengan strategi penyelidikan dan pembelajaran kendiri untuk pembangunan akademik dan profesional yang berterusan.

HASIL PEMBELAJARAN / OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir setiap tahap lulusan akan berupaya untuk:

Sijil

1. menunjukkan tahap penguasaan kemahiran khusus yang relevan dengan kerja     praktikal;

2. melaksanakan tugas di bawah penyeliaan dengan rasa tanggungjawab;

3. bertindak dalam garis peraturan dan undang-undang keselamatan, kesihatan dan bahaya.

Diploma
Selepas menamatkan kursus pengajian ini, lulusan seharusnya telah menambah dan mengukuhkan kompetensi mereka daya cara:

1. menggunakan prinsip, teknik dan kemahiran kreatif yang perlu untuk seseorang pelukis atau dan pereka, serta dapat menggunakan bahan-bahan dan peralatan   dengan berkesan;

2. membantu dalam melaksanakan penghasilan seni reka;

3. menggunakan kemahiran komunikasi yang wajar secara berkesan.

Ijazah Sarjana Muda

Selepas berjaya menamatkan kursus pengajian, pelajar dapat memperlihatkan:

1. kebolehan untuk mengambil satu-satu kursus pengajian seni lukis dan seni reka yang progresif melalui menggambarkan, mencadangkan, merundingkan, melaksanakan dan
menilai dalam konteks pengalaman pembelajaran;
2. kebolehan untuk menggunakan kemahiran kreatif praktikal dan profesional yang diperoleh dalam penzahiran dan pembentangan hasil kreatif;

3. kemampuan untuk pemahaman dan refleksi secara kritikal dalam seni lukis dan seni reka yang diperoleh dengan pembelajaran kritikal dan konstektual;

4. kemampuan untuk mengenal pasti, menganalisis dan menyelesaikan hubungan teori dan praktikal;

5. kemampuan untuk berkomunikasi dan menyampaikan idea reka bentuk mereka dan membuat penilaian estetik berkaitan amalan mereka dan orang lain;

6. kemampuan untuk menjadualkan kerja dengan kesedaran dan integriti social yang mematuhi kod profesional danetika seni reka.

REKA BENTUK KURSUS PENGAJIAN

Kurikulum mesti meliputi:

1. Asas seni lukis dan seni reka;
2. Komunikasi visual / ekspressi / reka Bentuk
3. Pengajian kontekstual;
4. Kemahiran generik;
5. Pengetahuan praktik profesional.
Tempoh pengajian:

1. Sijil : Minimum 3 semester;
2. Diploma : 6 – 9 semester;
3. Ijazah : 6 – 10 semester.
Reka bentuk komponen bagi beberapa kursus pengajian terpilih adalah seperti yang terdapat dalam Jadual 1a, 1b, & 1c.

KELULUSAN SENI LUKIS DAN SENI REKA

Kelulusan dalam bidang seni lukis dan seni reka adalah seperti yang berikut:

Sijil : Sijil Seni Lukis & Seni Reka;
Sijil Seramik;
Sijil Tembikar;
Diploma: Diploma Seni Reka Grafik;
Diploma Seni Reka Fesyen;
Diploma Ilustrasi;
Diploma Seni Reka Hiasan
Dalaman;
Diploma Seni Reka Industri;
Diploma Seni Halus, dll.
Pra-universiti atau Foundation :
Sijil Seni Lukis & Seni Reka
(Pengajian Asas / Prauniversiti
Foundation )
Sarjana Muda*: Bacelor Seni Reka Grafik;
Bacelor Seni Reka Fesyen;
Bacelor Seni Reka Tekstil;
Bacelor Seni Reka / BDes
(Seni Reka Industri);
Bacelor Seni Lukis Halus
/BFA (Seramik)
(* Semua ijazah adalah dengan kepujian
Sarjana : MFA (Seramik)
PhD.
Laluan pembelajaran dijelaskan dalam Jadual 2.

KAEDAH PENGAJARAN PEMBELAJARAN

(1) Kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah seperti yang berikut:
· Kuliah
· Demonstrasi dan pengajaran
· Tutorial
· Pembentangan
· Kritik dan perbincangan – kumpulan dan
/ atau individu
· Maklum balas: Maklum balas lisan berformat ke atas perkembangan projek dan maklum balas bertulis apabila siap sebahagian atau keseluruhan projek atau / dan modul atau / dan penilaian.

(2) Pelajar perlu menghasilkan satu disertasi yang berasaskan penyelidikan atau mengikuti modul yang setara pada tahun akhir kursus pengajian;

(3) Sangkutan industri / penempatan pekerjaan merupakan satu pilihan dan boleh dibenarkan sebagai sebahagian daripada unsur elektif tertakluk kepada persetujuan antara institusi penempatan dengan cadangan pelajar.

PENILAIAN PELAJAR

Penilaian hendaklah berdasarkan kepada prestasi atau kemahiran. Penilaian boleh termasuk peperiksaan dan kerja kursus seperti portfolio, pelaksanaan projek, kaedah pembentangan, komunikasi secara lisan atau bertulis dan penyertaan.

PEMILIHAN PELAJAR
Kriteria minimum kelayakan masuk* bagi semua tahap pengajian: (Kredit dalam Lukisan di peringkat SPM diperlukan; jika tiada, reka cipta atau semakan portfolio ialah satu pilihan)

Sijil : SPM atau yang setara;
Diploma : SPM atau yang setara;
RPL (Portfolio review);
Pra-universiti atau Foundation :
SPM atau yang setara Sarjana muda : SPM dan Foundation ;
SPM dan RPL (Portfolio Review) STPM atau yang setara.
* RPL - Pembelajaran terdahulu yang diiktiraf

STAF AKADEMIK

Nisbah staf akademik kepada pelajar ialah:
Sijil : 1 : 30 orang pelajar
Diploma : 1 : 25 orang pelajar
Sarjana muda : 1 : 15 orang pelajar
Peratusan staf akademik dengan PhD (bagi institusi yang menawarkan kursus pengajian pascaijazah) adalah seperti berikut:

(a) Bagi institusi yang berorientasikan pengajaran : 10 - 50%.

(b) Bagi institusi yang berorientasikan penyelidikan : 50 - 75%.
Bilangan staf akademik sepenuh masa hendaklah melebihi 60% daripada jumlah staf akademik. Kelulusan minimum staf akademik ialah:
Sijil : Ijazah Sarjana Muda
Diploma : Ijazah Sarjana Muda
Ijazah : Ijazah Sarjana

SUMBER PENDIDIKAN
Kemudahan fizikal
·         Bilik kuliah / Seminar: maksimum muatan 50 pelajar
·         Studio.
·         Makmal / Bengkel
·         Perpustakaan yang mengandungi buku dan bahan rujukan yang sesuai dengan kursus pengajian
JADUAL 1 : Reka Bentuk Komponen Profesional Bagi Kursus
Pengajian Seni Lukis dan Seni Reka
1 a. Certificate

JADUAL 1 b
Diploma


JADUAL 1 c
Degree


JADUAL 2 : Laluan Pendidikan Bagi Kursus Pengajian Bidang Seni Lukis
Dan Seni

Educational Pathways For Courses Of Study In The Field Of Art
And Design


Wakil dari IPTS ingin merakamkan amalan IPTS bahawa kelayakan masuk bagi peringkat sijil ialah SPM
dengan satu (1) kepujian atau penilaian portfolio; kelayakan masuk bagi peringkat diploma, ialah SPM
dengan dua (2) kredit atau penilaian portfolio; kelayakan masuk bagi kursus Foundation ialah tiga (3) kredit;
kelayakan masuk bagi peringkat ijazah ialah Sijil Foundation / Pre-University sedangkan kelayakan masuk
bagi peringkat sarjana ialah diploma dan penilaian portfolio atau sarjana muda