Memori 2017
Pengalaman mereka yang sangat bermakna... First time oil painting..
Cikgu hargai setiap perjuangan kamu.. belajar dari pengalaman.. sentiasa berusaha untuk yang terbaik. walaupun terkadang "Stress" melihat karya yang tidak menjadi.
Wednesday, May 9, 2018
Tuesday, May 1, 2018
pengenalan Seni
PENGENALAN SENI VISUAL
A) PENGERTIAN SENI VISUAL
Menurut kamus dewan seni membawa maksud Halus iaitu kecil, elok, tipis dan
halus, enak di dengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan manakala .
seni,II: membawa maksud karya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain lagi
yang dicipta dengan bakat atau kecekapan dan hasil daripada sesuatu ciptaan.
Visual pula dari segi bahasa bermaksud tampak iaitu yang boleh dilihat melalui
deria penglihatan. Terdapat juga istilah seni rupa, seni halus, seni lukis dan
seni reka.
Dalam Ensiklopedia Malaysiana (1996 ) ialah satu istilah yang digunakan bagi
sesuatu yang indah-indah pada pandangan pacaindera manusia samada melalui
penglihatan atau pendengaran.
Menurut buku Fine art in Islamic civilization (1981),pemikir islam iaitu imam
Al- Ghazali memperkatakan bahawa seni itu indah melalui pandangan kecantikan
dan keindahan.
Oleh itu penjelasan konsep seni visual bolehlah didasarkan kepada beberapa
aspek pernyataan diri
(self expression), pengalaman dan sensasi visual dan
sentuh samada dalam bentuk 2D dan 3D.
B) PENGKELASAN SENI VISUAL
Seni visual boleh dibahagikan kepada dua jenis penghasilan iaitu pengkaryaan
dan perekaan.
I) Pengkaryaan
Ialah penghasilan seni halus dalam bentuk 2D dan 3D. Kebanyakan bahan-bahan yang
terhasil menggunakan media dan teknik konvensional iaitu alatan dan media asas
dan kurang mengunakan bantuan teknologi. Contoh pengkaryaan ialah Lukisan,
catan, seni cetak dan arca.
II) Perekaan
Ialah penghasilan 2D dan 3D yang lebih banyak menggunakan teknik dan media baru
berteraskan teknologi. Contoh perekaan ialah grafik dan multimedia ( komunikasi
visual), reka bentuk teknologi seperti rekaan industeri ( automobil, logam
halus, tekstil dll ) dan reka bentuk persekitaran seperti seni hiasan dalaman
& seni lanskap.
Subscribe to:
Posts (Atom)