Memori 2017
Pengalaman mereka yang sangat bermakna... First time oil painting..
Cikgu hargai setiap perjuangan kamu.. belajar dari pengalaman.. sentiasa berusaha untuk yang terbaik. walaupun terkadang "Stress" melihat karya yang tidak menjadi.
art is beautiful.....
art teacher..
Wednesday, May 9, 2018
Tuesday, May 1, 2018
pengenalan Seni
PENGENALAN SENI VISUAL
A) PENGERTIAN SENI VISUAL
Menurut kamus dewan seni membawa maksud Halus iaitu kecil, elok, tipis dan
halus, enak di dengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan manakala .
seni,II: membawa maksud karya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain lagi
yang dicipta dengan bakat atau kecekapan dan hasil daripada sesuatu ciptaan.
Visual pula dari segi bahasa bermaksud tampak iaitu yang boleh dilihat melalui
deria penglihatan. Terdapat juga istilah seni rupa, seni halus, seni lukis dan
seni reka.
Dalam Ensiklopedia Malaysiana (1996 ) ialah satu istilah yang digunakan bagi
sesuatu yang indah-indah pada pandangan pacaindera manusia samada melalui
penglihatan atau pendengaran.
Menurut buku Fine art in Islamic civilization (1981),pemikir islam iaitu imam
Al- Ghazali memperkatakan bahawa seni itu indah melalui pandangan kecantikan
dan keindahan.
Oleh itu penjelasan konsep seni visual bolehlah didasarkan kepada beberapa
aspek pernyataan diri
(self expression), pengalaman dan sensasi visual dan
sentuh samada dalam bentuk 2D dan 3D.
B) PENGKELASAN SENI VISUAL
Seni visual boleh dibahagikan kepada dua jenis penghasilan iaitu pengkaryaan
dan perekaan.
I) Pengkaryaan
Ialah penghasilan seni halus dalam bentuk 2D dan 3D. Kebanyakan bahan-bahan yang
terhasil menggunakan media dan teknik konvensional iaitu alatan dan media asas
dan kurang mengunakan bantuan teknologi. Contoh pengkaryaan ialah Lukisan,
catan, seni cetak dan arca.
II) Perekaan
Ialah penghasilan 2D dan 3D yang lebih banyak menggunakan teknik dan media baru
berteraskan teknologi. Contoh perekaan ialah grafik dan multimedia ( komunikasi
visual), reka bentuk teknologi seperti rekaan industeri ( automobil, logam
halus, tekstil dll ) dan reka bentuk persekitaran seperti seni hiasan dalaman
& seni lanskap.
Monday, April 30, 2018
Teknik menjawab Seni Visual STPM
KERTAS 1 - TEORI
Dalam mata pelajaran Seni Visual, ramai pelajar yang kecundang dalam
kertas 1 kerana wajaran markah adalah yang tertinggi dan ia adalah soalan yang
berkaitan dengan teori seni. Ramai yang berpendapat Seni Visual mudah untuk
lulus seperti Pendidikan Seni Visual di dalam SPM. Saya berharap pelajar akan
menumpukan perhatian yang lebih kepada kertas 1. Cara pengiraan markah untuk
kertas 1 ialah berapa markah yang pelajar dapat akan dibahagi dengan 100
kemudian didarabkan dengan 40. Iaitu kalau pelajar mendapat 100 markah, maka
wajarannya adalah 40 markah sahaja.
Dalam kertas 1 terdapat 6 soalan struktur yang wajib dijawab, tiada pilihan untuk soalan di dalam Bahagian A. Dalam Bahagian B ada 4 soalan esei, pilih 2 soalan untuk dijawab. Dalam Bahagian C ada dua soalan esei, pilih 1 soalan untuk dijawab. Calon perlu membaca soalan dengan teliti dan fahamkan apa yang dikehendaki oleh soalan. Jangan menjawab bersahaja kerana anda akan diperangkap dengan permainan ayat untuk mengelirukan kamu sebab itu ada soalan yang dipanggil KBKK iaitu soalan yang menguji Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis. Anda perlu membahagikan masa yang sesuai untuk menjawab soalan. Jika soalan susah tinggalkan dahulu apabila masa yang anda peruntukkan telah habis untuk menjawab sesuatu soalan.
KERTAS 2 - LUKISAN
Dalam kertas 2 calon akan disediakan satu setting atau susunan objek untuk
dilukis. Sebaiknya calon mempunyai 3 jenis pensel iaitu pensel 2B, 4B dan 8B
untuk menghasilkan ton yang lebih banyak. Calon mesti memastikan struktur,
bentuk asas, kadar banding, jalinan, ruang dan pencahayaan dilukis dengan baik.
Pastikan anda mengunakan masa yang sebaik mungkin, walaupun masa yang diberikan
adalah panjang iaitu 3 jam. Jangan terlalu menumpukan perhatian diatas meja
sahaja semasa melukis, anda perlu bergerak ke belakang untuk melihat lukisan
anda dari jauh untuk melihat dan membandingkan lukisan anda dengan setting yang
ada dihadapan anda.
KERTAS 3 - PROJEK PENGHASILAN KARYA
Kertas 3 adalah kerja kursus. Calon akan mengahadapinya semasa ditingkatan 6
atas. Terdapat 4 soalan, pilih 1 untuk dijawab. Calon perlu mennghasilkan
Portfolio dan karya atau produk. Dalam Portfolio, calon akan membuat kajian,
lakaran, lukisan, kajian media, gambar langkah-langkah proses dan rujukan.
Calon mesti membuat kajian secara bertaip dengan mengunakan huruf jenis times new
roman bersaiz 12pt. Saiz portfolio adalah saiz kertas lukisan. Jika calon
menjawab soalan catan media campuran. Calon harus memastikan ada membuat kajian
warna dan media campuran. Kanvas perlulah dibingkaikan dengan kayu supaya dapat
menegangkan kanvas
Seminar “Workshop Figure Sketching” 2017
Panitia Pendidikan Seni Visual
2017
Borang Laporan Akitiviti/Program
1
|
Nama
Aktiviti
|
Seminar ”Workshop Figure Sketching ”
|
2.
|
Tarikh
|
12 september
2017
|
3.
|
Tempat
aktiviti
|
Bilik
Gerakan F6, KKHS
|
4.
|
Anjuran
|
Panitia PSV,
KKHS
|
5.
|
Penceramah
|
Mr Chung
Wei Fung, Mr Chan Soon Lee & Mrs Louise
|
6.
| penyelaras | Pn. Rukijah Basry, KP PSV |
KENAPA PILIH SUBJEK SENI VISUAL?
- berbakat seni.
- Ingin berkerjaya dalam bidang Seni Visual
- tidak berbakat .
- Tetapi tercari-cari subjek yang boleh membantu mendapatkan pointer yang baik dalam STPM, supaya dapat masuk 'U'.
Alasan yang pertama memang tidak
dapat dinafikan lagi, jika anda berminat, anda WAJIB ambil subjek Seni Visual. anda tahu anda berbakat dan mempunyai peluang untuk berjaya dengan cemerlang.
Kelebihan subjek seni visual yang mudah untuk mendapatkan pointer yang baik TETAPI perlu disiplin kerja yang konsisten. Di dalam Seni Visual, terdapat 3 Kertas peperiksaan yang
wajib diambil oleh calon.
BENTUK PEPERIKSAAN SENI VISUAL DAN WAJARAN
a) Kertas 1 - Teori Seni
Visual - Teori - wajaran 40%
b) Kertas 2 - Lukisan -
Praktikal - wajaran 25%
c) Kertas 3 - Projek
Penghasilan Karya - Kerja Kursus (teori dan praktikal) -wajaran 35%
Jika diperhatikan dari jadual di
atas, Kertas 1 iaitu Teori Seni Visual mempunyai nilai paling tinggi iaitu 40%.
Ini bermakna, pelajar yang tahu melukis sedikit-sedikit sahaja, mampu mencapai
markah yang tinggi dalam subjek Seni Visual. Pelajar aliran Sains atau yang
mengambil Lukisan Kejuruteraan (SPM), yang ingin bertukar ke aliran Kemanusiaan
semasa di Tingkatan Enam digalakkan untuk mengambil subjek ini atas sebab-sebab
mereka ini mampu dan boleh cemerlang dalam Kertas 1 Teori Seni Visual ini.
Selain daripada itu, Kertas 3 Projek
Penghasilan Karya adalah di dalam bentuk Kerja Kursus. Sebagaimana
yang anda sedia maklum, penghasilan kerja kursus diberi satu tempoh yang
panjang, supaya anda dapat menghasilkan yang terbaik dan seterusnya mendapat
markah yang tinggi.
Bagi Kertas 2 Lukisan pula,
latihan berterusan serta aplikasi teknik dapat membantu anda untuk lulus Kertas
ini. Walaupun anda GAGAL Kertas Lukisan, anda masih boleh
mendapat prinsipal untuk mata pelajaran Seni Visual! Bukan hendak menggalakkan
anda gagal Kertas Lukisan ini, cuma mahu memberi motivasi
kepada mereka yang tidak pandai melukis. Kalau mahir melukis, ia merupakan
bonus untuk anda. Tapi anda perlu cemerlang juga dalam Kertas 1 Teori
Seni Visual jika mahu dapat Prinsipal A untuk subjek ini.
Daripada pengalaman cikgu, ramai
pelajar yang tidak berbakat besar dalam bidang Seni Visual, mampu meraih
Prinsipal A untuk Seni Visual. Hal ini demikian kerana pelajar-pelajar ini
membuat yang terbaik untuk Kertas 1 Teori Seni Visual dan mendapat A untuk
Kertas tersebut. Pelajar begini juga mempunyai iltizam yang kuat untuk berjaya
jadi mereka berusaha untuk menghasilkan kerja kursus sebaik mungkin walaupun
lukisan mereka akan ditolak (reject) berkali-kali.
BAGAIMANA MATA PELAJARAN SENI VISUAL MEMBANTU SAYA MASUK UNIVERSITI?
(akan saya terangkan dalam ruangan yang akan datang)
Monday, September 25, 2017
My life and My lover.....
BIDANG SENI LUKIS DAN
SENI REKA
Laluan Pendidikan Bagi Kursus Pengajian Bidang
Seni Lukis
Dan Seni
Educational Pathways For Courses Of Study In The
Field Of Art
And Design
Wakil dari IPTS ingin merakamkan amalan IPTS
bahawa kelayakan masuk bagi peringkat sijil ialah SPM
dengan satu (1) kepujian atau penilaian
portfolio; kelayakan masuk bagi peringkat diploma, ialah SPM
dengan dua (2) kredit atau penilaian
portfolio; kelayakan masuk bagi kursus Foundation ialah tiga (3) kredit;
kelayakan masuk bagi peringkat ijazah ialah
Sijil Foundation / Pre-University sedangkan kelayakan masuk
bagi peringkat sarjana
ialah diploma dan penilaian portfolio atau sarjana muda
CABARAN
· Seni lukis dan seni reka memainkan peranan
penting dalam masyarakat kita,terutama peranannya yang semakin berkembang dalam
dunia komersil di mana bidang kreatif menjadi semakin mencabar.
· Pembangunan dalam industri seni lukis dan seni reka seperti grafik, seni reka dalaman dan fesyen dipandu oleh industri dan, seharusnya, boleh terangkum dalam konteks sosial, ekonomi dan budaya.
· Pereka dan pelukis berhadapan dengan perubahan keperluan dari persekitaran pasaran dan teknologi maklumat.
· Pereka dan pelukis hari ini dan masa depan perlu berkemampuan menjana idea kreatif dan inovatif untuk memenuhi permintaan masyarakat.
· Memandangkan teknologi dan media berkembang secara berterusan, graduan seni lukis dan seni reka perlu dilengkapkan pelbagai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang seni lukis dan seni reka untuk lebih cekap dalam tugasan mereka.
· Oleh itu, pendidikan seni lukis dan seni reka perlu memasukkan pelbagai aspek pengkhususan di samping menekankan ekspresi kemahiran seni reka dan berkomunikasi.
· Telah menjadi matlamat kursus pengajian ini untuk melengkapi graduan seni lukis dan seni reka dengan kemahiran kritikal, analitikal dan kreatif bagi menghadapi cabaran dunia yang pesat berubah.
· Amalan seni lukis dan seni reka dalam makna yang lebih luas turut memerlukan lulusan memaksimumkan potensi mereka dan membangunkan kekuatan individu sepenuhnya.
MATLAMAT PENDIDIKAN / OBJEKTIF AM KURSUS PENGAJIAN SENI LUKIS DAN SENI REKA
· Pembangunan dalam industri seni lukis dan seni reka seperti grafik, seni reka dalaman dan fesyen dipandu oleh industri dan, seharusnya, boleh terangkum dalam konteks sosial, ekonomi dan budaya.
· Pereka dan pelukis berhadapan dengan perubahan keperluan dari persekitaran pasaran dan teknologi maklumat.
· Pereka dan pelukis hari ini dan masa depan perlu berkemampuan menjana idea kreatif dan inovatif untuk memenuhi permintaan masyarakat.
· Memandangkan teknologi dan media berkembang secara berterusan, graduan seni lukis dan seni reka perlu dilengkapkan pelbagai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang seni lukis dan seni reka untuk lebih cekap dalam tugasan mereka.
· Oleh itu, pendidikan seni lukis dan seni reka perlu memasukkan pelbagai aspek pengkhususan di samping menekankan ekspresi kemahiran seni reka dan berkomunikasi.
· Telah menjadi matlamat kursus pengajian ini untuk melengkapi graduan seni lukis dan seni reka dengan kemahiran kritikal, analitikal dan kreatif bagi menghadapi cabaran dunia yang pesat berubah.
· Amalan seni lukis dan seni reka dalam makna yang lebih luas turut memerlukan lulusan memaksimumkan potensi mereka dan membangunkan kekuatan individu sepenuhnya.
MATLAMAT PENDIDIKAN / OBJEKTIF AM KURSUS PENGAJIAN SENI LUKIS DAN SENI REKA
Untuk melahirkan pelukis dan pereka yang
kreatif, inovatif dan analitikal.
Objektif-objektif pendidikan bagi pelbagai
tahap pengajian dalam bidang seni lukis dan seni reka digambarkan seperti yang
berikut:
- Sijil
1. Untuk menyediakan pelajar dengan asas-asas
seni lukis dan seni reka serta kursus pengajian yang berorientasikan
vokasional;
2. Untuk memberi tumpuan kepada pembangunan
kemahiran teknikal yang bersesuaian dengan disiplin tertentu;
3. Untuk menggalakkan kepekaan estetik dan
visual.
- Diploma
1. Untuk memenuhi keperluan pelajar melalui
kursus pengajian berasaskan studio dalam seni lukis dan seni reka yang
membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan dan kefahaman khusus;
2. Untuk membangunkan kemahiran kreatif dalam
ekspresi visual dan komunikasi,
3. Untuk membolehkan pelajar membina kemahiran
penyelesaian masalah yang berkesan dalam situasi pembelajaran yang berbeza,
4. Untuk menyediakan persekitaran yang
menggalakkan visualisasi, analisis, eksplorasi kreatif idea-idea dan
pemerolehan kemahiran penilaian;
5. Untuk memupuk keupayaan cekap bekerja dan
menggunakan pembelajaran pada tahap yang sesuai dalam konteks vokasional,
selaras dengan corak pekerjaan yang luas dalam industri seni lukis, seni reka
dan yang berkaitan;
6. Untuk membolehkan pelajar menghayati
isu-isu dalam konteks yang luas dan kaitannya dengan aktiviti-aktiviti
profesional seperti keupayaan melaksana pembangunan konsep;
7. Untuk membangunkan keupayaan pelajar dan
membentuk sikap yakin dan kreatif dalam kemahiran khusus dan juga pengalaman
kerja yang umum.
- Ijazah Sarjana Muda
1. Untuk menyediakan kursus pengajian seni
lukis dan seni reka yang membantu membangunkan kemahiran personal dan
profesional serta keupayaan kognitif yang perlu untuk kerjaya yang dipilih;
2. Untuk menyediakan peluang untuk memudahkan
pembangunan pengetahuan pemikiran seni reka, membina pertimbangan yang kukuh,
kritikal, dan pemahaman kontekstual bersesuaian dengan amalan profesional;
3. Untuk melengkapkan pelajar dengan strategi
penyelidikan dan pembelajaran kendiri untuk pembangunan akademik dan
profesional yang berterusan.
HASIL PEMBELAJARAN / OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir setiap tahap lulusan akan berupaya
untuk:
Sijil
1. menunjukkan tahap penguasaan kemahiran
khusus yang relevan dengan kerja praktikal;
2. melaksanakan tugas di bawah penyeliaan
dengan rasa tanggungjawab;
3. bertindak dalam garis peraturan dan
undang-undang keselamatan, kesihatan dan bahaya.
Diploma
Selepas menamatkan kursus pengajian ini,
lulusan seharusnya telah menambah dan mengukuhkan kompetensi mereka daya cara:
1. menggunakan prinsip, teknik dan kemahiran
kreatif yang perlu untuk seseorang pelukis atau dan pereka, serta dapat
menggunakan bahan-bahan dan peralatan dengan berkesan;
2. membantu dalam melaksanakan penghasilan
seni reka;
3. menggunakan kemahiran komunikasi yang wajar
secara berkesan.
Ijazah Sarjana Muda
Selepas berjaya menamatkan kursus pengajian,
pelajar dapat memperlihatkan:
1. kebolehan untuk mengambil satu-satu kursus
pengajian seni lukis dan seni reka yang progresif melalui menggambarkan,
mencadangkan, merundingkan, melaksanakan dan
menilai dalam konteks pengalaman pembelajaran;
2. kebolehan untuk menggunakan kemahiran
kreatif praktikal dan profesional yang diperoleh dalam penzahiran dan
pembentangan hasil kreatif;
3. kemampuan untuk pemahaman dan refleksi
secara kritikal dalam seni lukis dan seni reka yang diperoleh dengan
pembelajaran kritikal dan konstektual;
4. kemampuan untuk mengenal pasti,
menganalisis dan menyelesaikan hubungan teori dan praktikal;
5. kemampuan untuk berkomunikasi dan
menyampaikan idea reka bentuk mereka dan membuat penilaian estetik berkaitan
amalan mereka dan orang lain;
6. kemampuan untuk menjadualkan kerja dengan
kesedaran dan integriti social yang mematuhi kod profesional danetika seni reka.
REKA BENTUK KURSUS PENGAJIAN
Kurikulum mesti meliputi:
1. Asas seni lukis dan seni reka;
2. Komunikasi visual / ekspressi / reka Bentuk
3. Pengajian kontekstual;
4. Kemahiran generik;
5. Pengetahuan praktik
profesional.
Tempoh pengajian:
1. Sijil : Minimum 3 semester;
2. Diploma : 6 – 9 semester;
3. Ijazah : 6 – 10 semester.
q Reka bentuk komponen bagi beberapa kursus
pengajian terpilih adalah seperti yang terdapat dalam Jadual 1a, 1b,
& 1c.
KELULUSAN SENI LUKIS DAN SENI REKA
Kelulusan dalam bidang seni lukis dan seni
reka adalah seperti yang berikut:
Sijil : Sijil Seni Lukis & Seni Reka;
Sijil Seramik;
Sijil Tembikar;
Diploma: Diploma Seni Reka Grafik;
Diploma Seni Reka Fesyen;
Diploma Ilustrasi;
Diploma Seni Reka Hiasan
Dalaman;
Diploma Seni Reka Industri;
Diploma Seni Halus, dll.
Pra-universiti atau Foundation :
Sijil Seni Lukis & Seni Reka
(Pengajian Asas / Prauniversiti
/ Foundation )
Sarjana Muda*: Bacelor Seni Reka Grafik;
Bacelor Seni Reka Fesyen;
Bacelor Seni Reka Tekstil;
Bacelor Seni Reka / BDes
(Seni Reka Industri);
Bacelor Seni Lukis Halus
/BFA (Seramik)
(* Semua ijazah adalah
dengan kepujian
Sarjana : MFA (Seramik)
PhD.
q Laluan pembelajaran dijelaskan dalam Jadual 2.
KAEDAH PENGAJARAN PEMBELAJARAN
(1) Kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran adalah seperti yang berikut:
· Kuliah
· Demonstrasi dan pengajaran
· Tutorial
· Pembentangan
· Kritik dan perbincangan – kumpulan dan
/ atau individu
· Maklum balas: Maklum balas lisan berformat ke
atas perkembangan projek dan maklum balas bertulis apabila siap sebahagian atau
keseluruhan projek atau / dan modul atau / dan penilaian.
(2) Pelajar perlu menghasilkan satu disertasi
yang berasaskan penyelidikan atau mengikuti modul yang setara pada tahun akhir
kursus pengajian;
(3) Sangkutan industri / penempatan pekerjaan
merupakan satu pilihan dan boleh dibenarkan sebagai sebahagian daripada unsur
elektif tertakluk kepada persetujuan antara institusi penempatan dengan
cadangan pelajar.
PENILAIAN PELAJAR
Penilaian hendaklah berdasarkan kepada
prestasi atau kemahiran. Penilaian boleh termasuk peperiksaan dan kerja kursus
seperti portfolio, pelaksanaan projek, kaedah pembentangan, komunikasi secara
lisan atau bertulis dan penyertaan.
PEMILIHAN PELAJAR
Kriteria minimum kelayakan masuk* bagi semua
tahap pengajian: (Kredit dalam Lukisan di peringkat SPM diperlukan; jika tiada,
reka cipta atau semakan portfolio ialah satu pilihan)
Sijil : SPM atau yang setara;
Diploma : SPM atau yang setara;
RPL (Portfolio review);
Pra-universiti atau Foundation :
SPM atau yang setara Sarjana muda : SPM
dan Foundation ;
SPM dan RPL (Portfolio Review) STPM
atau yang setara.
* RPL - Pembelajaran terdahulu yang diiktiraf
STAF AKADEMIK
Nisbah staf akademik kepada pelajar ialah:
Sijil : 1 : 30 orang pelajar
Diploma : 1 : 25 orang pelajar
Sarjana muda : 1 : 15
orang pelajar
Peratusan staf akademik dengan PhD (bagi
institusi yang menawarkan kursus pengajian pascaijazah) adalah seperti berikut:
(a) Bagi institusi yang berorientasikan pengajaran
: 10 - 50%.
(b) Bagi institusi yang berorientasikan
penyelidikan : 50 - 75%.
Bilangan staf akademik sepenuh masa hendaklah
melebihi 60% daripada jumlah staf akademik. Kelulusan minimum staf akademik
ialah:
Sijil : Ijazah Sarjana Muda
Diploma : Ijazah Sarjana Muda
Ijazah : Ijazah Sarjana
SUMBER PENDIDIKAN
Kemudahan fizikal
· Bilik kuliah / Seminar: maksimum muatan 50
pelajar
· Studio.
· Makmal / Bengkel
· Perpustakaan yang mengandungi buku dan bahan
rujukan yang sesuai dengan kursus pengajian
JADUAL 1 : Reka Bentuk Komponen Profesional
Bagi Kursus
Pengajian Seni Lukis
dan Seni Reka
1 a. Certificate
JADUAL 1 b
Diploma
JADUAL 1 c
Degree
JADUAL 2 : Laluan Pendidikan Bagi Kursus
Pengajian Bidang Seni Lukis
Dan Seni
Educational Pathways For Courses Of Study In The
Field Of Art
And Design
Wakil dari IPTS ingin merakamkan amalan IPTS
bahawa kelayakan masuk bagi peringkat sijil ialah SPM
dengan satu (1) kepujian atau penilaian
portfolio; kelayakan masuk bagi peringkat diploma, ialah SPM
dengan dua (2) kredit atau penilaian
portfolio; kelayakan masuk bagi kursus Foundation ialah tiga (3) kredit;
kelayakan masuk bagi peringkat ijazah ialah
Sijil Foundation / Pre-University sedangkan kelayakan masuk
bagi peringkat sarjana
ialah diploma dan penilaian portfolio atau sarjana muda
Subscribe to:
Posts (Atom)