KERTAS 1 - TEORI
Dalam mata pelajaran Seni Visual, ramai pelajar yang kecundang dalam
kertas 1 kerana wajaran markah adalah yang tertinggi dan ia adalah soalan yang
berkaitan dengan teori seni. Ramai yang berpendapat Seni Visual mudah untuk
lulus seperti Pendidikan Seni Visual di dalam SPM. Saya berharap pelajar akan
menumpukan perhatian yang lebih kepada kertas 1. Cara pengiraan markah untuk
kertas 1 ialah berapa markah yang pelajar dapat akan dibahagi dengan 100
kemudian didarabkan dengan 40. Iaitu kalau pelajar mendapat 100 markah, maka
wajarannya adalah 40 markah sahaja.
Dalam kertas 1 terdapat 6 soalan struktur yang wajib dijawab, tiada pilihan untuk soalan di dalam Bahagian A. Dalam Bahagian B ada 4 soalan esei, pilih 2 soalan untuk dijawab. Dalam Bahagian C ada dua soalan esei, pilih 1 soalan untuk dijawab. Calon perlu membaca soalan dengan teliti dan fahamkan apa yang dikehendaki oleh soalan. Jangan menjawab bersahaja kerana anda akan diperangkap dengan permainan ayat untuk mengelirukan kamu sebab itu ada soalan yang dipanggil KBKK iaitu soalan yang menguji Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis. Anda perlu membahagikan masa yang sesuai untuk menjawab soalan. Jika soalan susah tinggalkan dahulu apabila masa yang anda peruntukkan telah habis untuk menjawab sesuatu soalan.
KERTAS 2 - LUKISAN
Dalam kertas 2 calon akan disediakan satu setting atau susunan objek untuk
dilukis. Sebaiknya calon mempunyai 3 jenis pensel iaitu pensel 2B, 4B dan 8B
untuk menghasilkan ton yang lebih banyak. Calon mesti memastikan struktur,
bentuk asas, kadar banding, jalinan, ruang dan pencahayaan dilukis dengan baik.
Pastikan anda mengunakan masa yang sebaik mungkin, walaupun masa yang diberikan
adalah panjang iaitu 3 jam. Jangan terlalu menumpukan perhatian diatas meja
sahaja semasa melukis, anda perlu bergerak ke belakang untuk melihat lukisan
anda dari jauh untuk melihat dan membandingkan lukisan anda dengan setting yang
ada dihadapan anda.
KERTAS 3 - PROJEK PENGHASILAN KARYA
Kertas 3 adalah kerja kursus. Calon akan mengahadapinya semasa ditingkatan 6
atas. Terdapat 4 soalan, pilih 1 untuk dijawab. Calon perlu mennghasilkan
Portfolio dan karya atau produk. Dalam Portfolio, calon akan membuat kajian,
lakaran, lukisan, kajian media, gambar langkah-langkah proses dan rujukan.
Calon mesti membuat kajian secara bertaip dengan mengunakan huruf jenis times new
roman bersaiz 12pt. Saiz portfolio adalah saiz kertas lukisan. Jika calon
menjawab soalan catan media campuran. Calon harus memastikan ada membuat kajian
warna dan media campuran. Kanvas perlulah dibingkaikan dengan kayu supaya dapat
menegangkan kanvas
No comments:
Post a Comment