- berbakat seni.
- Ingin berkerjaya dalam bidang Seni Visual
- tidak berbakat .
- Tetapi tercari-cari subjek yang boleh membantu mendapatkan pointer yang baik dalam STPM, supaya dapat masuk 'U'.
Alasan yang pertama memang tidak
dapat dinafikan lagi, jika anda berminat, anda WAJIB ambil subjek Seni Visual. anda tahu anda berbakat dan mempunyai peluang untuk berjaya dengan cemerlang.
Kelebihan subjek seni visual yang mudah untuk mendapatkan pointer yang baik TETAPI perlu disiplin kerja yang konsisten. Di dalam Seni Visual, terdapat 3 Kertas peperiksaan yang
wajib diambil oleh calon.
BENTUK PEPERIKSAAN SENI VISUAL DAN WAJARAN
a) Kertas 1 - Teori Seni
Visual - Teori - wajaran 40%
b) Kertas 2 - Lukisan -
Praktikal - wajaran 25%
c) Kertas 3 - Projek
Penghasilan Karya - Kerja Kursus (teori dan praktikal) -wajaran 35%
Jika diperhatikan dari jadual di
atas, Kertas 1 iaitu Teori Seni Visual mempunyai nilai paling tinggi iaitu 40%.
Ini bermakna, pelajar yang tahu melukis sedikit-sedikit sahaja, mampu mencapai
markah yang tinggi dalam subjek Seni Visual. Pelajar aliran Sains atau yang
mengambil Lukisan Kejuruteraan (SPM), yang ingin bertukar ke aliran Kemanusiaan
semasa di Tingkatan Enam digalakkan untuk mengambil subjek ini atas sebab-sebab
mereka ini mampu dan boleh cemerlang dalam Kertas 1 Teori Seni Visual ini.
Selain daripada itu, Kertas 3 Projek
Penghasilan Karya adalah di dalam bentuk Kerja Kursus. Sebagaimana
yang anda sedia maklum, penghasilan kerja kursus diberi satu tempoh yang
panjang, supaya anda dapat menghasilkan yang terbaik dan seterusnya mendapat
markah yang tinggi.
Bagi Kertas 2 Lukisan pula,
latihan berterusan serta aplikasi teknik dapat membantu anda untuk lulus Kertas
ini. Walaupun anda GAGAL Kertas Lukisan, anda masih boleh
mendapat prinsipal untuk mata pelajaran Seni Visual! Bukan hendak menggalakkan
anda gagal Kertas Lukisan ini, cuma mahu memberi motivasi
kepada mereka yang tidak pandai melukis. Kalau mahir melukis, ia merupakan
bonus untuk anda. Tapi anda perlu cemerlang juga dalam Kertas 1 Teori
Seni Visual jika mahu dapat Prinsipal A untuk subjek ini.
Daripada pengalaman cikgu, ramai
pelajar yang tidak berbakat besar dalam bidang Seni Visual, mampu meraih
Prinsipal A untuk Seni Visual. Hal ini demikian kerana pelajar-pelajar ini
membuat yang terbaik untuk Kertas 1 Teori Seni Visual dan mendapat A untuk
Kertas tersebut. Pelajar begini juga mempunyai iltizam yang kuat untuk berjaya
jadi mereka berusaha untuk menghasilkan kerja kursus sebaik mungkin walaupun
lukisan mereka akan ditolak (reject) berkali-kali.
BAGAIMANA MATA PELAJARAN SENI VISUAL MEMBANTU SAYA MASUK UNIVERSITI?
(akan saya terangkan dalam ruangan yang akan datang)
No comments:
Post a Comment