Wednesday, May 9, 2018

First time Oil Paniting - Projek Akhir 2017

Memori 2017

Pengalaman mereka yang sangat bermakna... First time oil painting..

Cikgu hargai setiap perjuangan kamu.. belajar dari pengalaman.. sentiasa berusaha untuk yang terbaik. walaupun terkadang "Stress" melihat karya yang tidak menjadi.














Tuesday, May 1, 2018

pengenalan Seni


PENGENALAN SENI VISUAL

A) PENGERTIAN SENI VISUAL

Menurut kamus dewan seni membawa maksud Halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus, enak di dengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan manakala .

seni,II: membawa maksud karya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain lagi yang dicipta dengan bakat atau kecekapan dan hasil daripada sesuatu ciptaan. Visual pula dari segi bahasa bermaksud tampak iaitu yang boleh dilihat melalui deria penglihatan. Terdapat juga istilah seni rupa, seni halus, seni lukis dan seni reka.

Dalam Ensiklopedia Malaysiana (1996 ) ialah satu istilah yang digunakan bagi sesuatu yang indah-indah pada pandangan pacaindera manusia samada melalui penglihatan atau pendengaran.

Menurut buku Fine art in Islamic civilization (1981),pemikir islam iaitu imam Al- Ghazali memperkatakan bahawa seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan keindahan.

Oleh itu penjelasan konsep seni visual bolehlah didasarkan kepada beberapa aspek pernyataan diri 
(self expression), pengalaman dan sensasi visual dan sentuh samada dalam bentuk 2D dan 3D.

B) PENGKELASAN SENI VISUAL

Seni visual boleh dibahagikan kepada dua jenis penghasilan iaitu pengkaryaan dan perekaan.

I) Pengkaryaan
Ialah penghasilan seni halus dalam bentuk 2D dan 3D. Kebanyakan bahan-bahan yang terhasil menggunakan media dan teknik konvensional iaitu alatan dan media asas dan kurang mengunakan bantuan teknologi. Contoh pengkaryaan ialah Lukisan, catan, seni cetak dan arca.




II) Perekaan
Ialah penghasilan 2D dan 3D yang lebih banyak menggunakan teknik dan media baru berteraskan teknologi. Contoh perekaan ialah grafik dan multimedia ( komunikasi visual), reka bentuk teknologi seperti rekaan industeri ( automobil, logam halus, tekstil dll ) dan reka bentuk persekitaran seperti seni hiasan dalaman & seni lanskap.



Monday, April 30, 2018

Teknik menjawab Seni Visual STPM






KERTAS 1 - TEORI


Dalam mata pelajaran Seni Visual, ramai pelajar yang kecundang dalam kertas 1 kerana wajaran markah adalah yang tertinggi dan ia adalah soalan yang berkaitan dengan teori seni. Ramai yang berpendapat Seni Visual mudah untuk lulus seperti Pendidikan Seni Visual di dalam SPM. Saya berharap pelajar akan menumpukan perhatian yang lebih kepada kertas 1. Cara pengiraan markah untuk kertas 1 ialah berapa markah yang pelajar dapat akan dibahagi dengan 100 kemudian didarabkan dengan 40. Iaitu kalau pelajar mendapat 100 markah, maka wajarannya adalah 40 markah sahaja.

Dalam kertas 1 terdapat 6 soalan struktur yang wajib dijawab, tiada pilihan untuk soalan di dalam Bahagian A. Dalam Bahagian B ada 4 soalan esei, pilih 2 soalan untuk dijawab. Dalam Bahagian C ada dua soalan esei, pilih 1 soalan untuk dijawab. Calon perlu membaca soalan dengan teliti dan fahamkan apa yang dikehendaki oleh soalan. Jangan menjawab bersahaja kerana anda akan diperangkap dengan permainan ayat untuk mengelirukan kamu sebab itu ada soalan yang dipanggil KBKK iaitu soalan yang menguji Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis. Anda perlu membahagikan masa yang sesuai untuk menjawab soalan. Jika soalan susah tinggalkan dahulu apabila masa yang anda peruntukkan telah habis untuk menjawab sesuatu soalan.



KERTAS 2 - LUKISAN

Dalam kertas 2 calon akan disediakan satu setting atau susunan objek untuk dilukis. Sebaiknya calon mempunyai 3 jenis pensel iaitu pensel 2B, 4B dan 8B untuk menghasilkan ton yang lebih banyak. Calon mesti memastikan struktur, bentuk asas, kadar banding, jalinan, ruang dan pencahayaan dilukis dengan baik. Pastikan anda mengunakan masa yang sebaik mungkin, walaupun masa yang diberikan adalah panjang iaitu 3 jam. Jangan terlalu menumpukan perhatian diatas meja sahaja semasa melukis, anda perlu bergerak ke belakang untuk melihat lukisan anda dari jauh untuk melihat dan membandingkan lukisan anda dengan setting yang ada dihadapan anda.



KERTAS 3 - PROJEK PENGHASILAN KARYA
Kertas 3 adalah kerja kursus. Calon akan mengahadapinya semasa ditingkatan 6 atas. Terdapat 4 soalan, pilih 1 untuk dijawab. Calon perlu mennghasilkan Portfolio dan karya atau produk. Dalam Portfolio, calon akan membuat kajian, lakaran, lukisan, kajian media, gambar langkah-langkah proses dan rujukan. Calon mesti membuat kajian secara bertaip dengan mengunakan huruf jenis times new roman bersaiz 12pt. Saiz portfolio adalah saiz kertas lukisan. Jika calon menjawab soalan catan media campuran. Calon harus memastikan ada membuat kajian warna dan media campuran. Kanvas perlulah dibingkaikan dengan kayu supaya dapat menegangkan kanvas



bila Rindu menyapa......buat SMKT

 Hanya tinggal kenangan 2016
 Gaban.......................

 kenangan di SMKT

Geng "cantik"

pameran batik flora

 projek EARTH  DAY  2016

ini projek akhir kita 2016

Seminar “Workshop Figure Sketching” 2017

Panitia Pendidikan Seni Visual 2017
Borang Laporan Akitiviti/Program

1
Nama Aktiviti
Seminar  ”Workshop Figure Sketching ”
2.
Tarikh            
12 september 2017
3.
Tempat aktiviti
Bilik Gerakan F6,  KKHS
4.
Anjuran   
Panitia PSV,  KKHS
5.
Penceramah   
Mr Chung Wei Fung, Mr Chan Soon Lee & Mrs Louise
6.
penyelarasPn. Rukijah Basry, KP PSV







KENAPA PILIH SUBJEK SENI VISUAL?




  •  berbakat seni. 
  • Ingin berkerjaya dalam bidang Seni Visual
  •  tidak berbakat .
  • Tetapi tercari-cari subjek yang boleh membantu mendapatkan pointer yang baik dalam STPM, supaya dapat masuk 'U'.


Alasan yang pertama memang tidak dapat dinafikan lagi, jika anda berminat, anda WAJIB ambil subjek Seni Visual. anda tahu anda berbakat dan mempunyai peluang untuk berjaya dengan cemerlang.

Kelebihan subjek seni visual yang mudah untuk mendapatkan pointer yang baik TETAPI perlu disiplin kerja yang konsisten. Di dalam Seni Visual, terdapat 3 Kertas peperiksaan yang wajib diambil oleh calon.


BENTUK PEPERIKSAAN SENI VISUAL DAN WAJARAN

a) Kertas 1 - Teori Seni Visual - Teori - wajaran 40%
b) Kertas 2 - Lukisan - Praktikal - wajaran 25%
c) Kertas 3 - Projek Penghasilan Karya - Kerja Kursus (teori dan praktikal) -wajaran 35%

Jika diperhatikan dari jadual di atas, Kertas 1 iaitu Teori Seni Visual mempunyai nilai paling tinggi iaitu 40%. Ini bermakna, pelajar yang tahu melukis sedikit-sedikit sahaja, mampu mencapai markah yang tinggi dalam subjek Seni Visual. Pelajar aliran Sains atau yang mengambil Lukisan Kejuruteraan (SPM), yang ingin bertukar ke aliran Kemanusiaan semasa di Tingkatan Enam digalakkan untuk mengambil subjek ini atas sebab-sebab mereka ini mampu dan boleh cemerlang dalam Kertas 1 Teori Seni Visual ini.

Selain daripada itu, Kertas 3 Projek Penghasilan Karya adalah di dalam bentuk Kerja Kursus. Sebagaimana yang anda sedia maklum, penghasilan kerja kursus diberi satu tempoh yang panjang, supaya anda dapat menghasilkan yang terbaik dan seterusnya mendapat markah yang tinggi. 

Bagi Kertas 2 Lukisan pula, latihan berterusan serta aplikasi teknik dapat membantu anda untuk lulus Kertas ini. Walaupun anda GAGAL Kertas Lukisan, anda masih boleh mendapat prinsipal untuk mata pelajaran Seni Visual! Bukan hendak menggalakkan anda gagal Kertas Lukisan ini, cuma mahu memberi motivasi kepada mereka yang tidak pandai melukis. Kalau mahir melukis, ia merupakan bonus untuk anda. Tapi anda perlu cemerlang juga dalam Kertas 1 Teori Seni Visual jika mahu dapat Prinsipal A untuk subjek ini.

Daripada pengalaman cikgu, ramai pelajar yang tidak berbakat besar dalam bidang Seni Visual, mampu meraih Prinsipal A untuk Seni Visual. Hal ini demikian kerana pelajar-pelajar ini membuat yang terbaik untuk Kertas 1 Teori Seni Visual dan mendapat A untuk Kertas tersebut. Pelajar begini juga mempunyai iltizam yang kuat untuk berjaya jadi mereka berusaha untuk menghasilkan kerja kursus sebaik mungkin walaupun lukisan mereka akan ditolak (reject) berkali-kali.


BAGAIMANA MATA PELAJARAN SENI VISUAL MEMBANTU SAYA MASUK UNIVERSITI?

(akan saya terangkan dalam ruangan yang akan datang)